Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bab 2
21. Penzahiran kepentingan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seorang pengarah atau seorang anggota sesuatu jawatankuasa, yang telah mempunyai atau memperoleh, secara langsung atau tidak langsung, kepentingan berhubung dengan apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa hendaklah menzahirkan kepada Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, kewujudan kepentingannya dan jenis kepentingan itu.
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan selepas penzahiran itu, pengarah atau anggota jawatankuasa itu hendaklah—
tidak boleh mengambil bahagian ataupun hadir dalam mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan;
dan
tidak diambil kira bagi maksud membentuk kuorum
Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berhubung dengan perkara itu.
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh menjadi tidak sah oleh sebab mana-mana pengarah Lembaga atau anggota jawatankuasa telah melanggar peruntukan seksyen ini.
Bahagian III
Kuasa Suruhanjaya
Bahagian IV
Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pegawai dan Pekerja
Bahagian V
Kewangan
Bab 3
Bahagian VI