Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bab 2
Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bab 2
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suruhanjaya hendaklah melantik seorang setiausaha kepada Lembaga daripada kalangan pegawai Suruhanjaya bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya.
Setiausaha hendaklah bertanggungjawab bagi—
penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi dan aktiviti Suruhanjaya; dan
pelaksanaan keputusan Suruhanjaya.
Setiausaha hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Suruhanjaya dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya setiausaha hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Ketua Pegawai Eksekutif dan Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekerja Suruhanjaya yang perlu untuk membantu setiausaha dalam menunaikan fungsinya secara berkesan dan cekap dan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Bahagian III
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI