Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian VII

56. Kuasa Suruhanjaya untuk mengkompaun kesalahan

(1)

Ketua Pegawai Eksekutif boleh, dengan keizinan Pendakwa

Raya secara bertulis, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah Akta ini, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Suruhanjaya dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu apa-apa jumlah wang yang tidak boleh melebihi lima puluh peratus daripada jumlah denda maksimum (termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan) yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu.

(2)

Apa-apa wang yang dibayar kepada Suruhanjaya menurut peruntukan subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada kumpulan wang operasi Suruhanjaya.

(3)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa yang boleh diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan selepas itu boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat, tertakluk pada subseksyen 62(1).

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 59

Report