Skip to content

Seksyen 57

Kewajipan pegawai penyiasat untuk menyerahkan orang ditangkap kepada polis

of Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007

ActIn forceProvision 61 of 69
Seksyen 57

Seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen 45(1) yang membuat suatu penangkapan di bawah seksyen 54 hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang berhampiran atau, jika seseorang pegawai polis itu tiada, membawa orang itu ke balai polis yang berhampiran, dan selepas itu orang yang ditangkap seperti disebut terdahulu hendaklah diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis.