Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bahagian VII
61. Pemeliharaan kerahsiaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada pengarah, pegawai, pekerja, ejen atau perunding
Suruhanjaya atau mana-mana orang yang dengan apa-apa cara, mempunyai akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat menyurat, apa-apa jua dokumen, bahan atau maklumat, yang berhubung dengan urusan dan hal ehwal Suruhanjaya yang dia telah peroleh dalam pelaksanaan tugasnya atau penjalanan fungsinya, boleh memberi, membuka, mendedah, menyiar atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang, dokumen, bahan atau maklumat itu melainkan jika penzahiran itu diperlukan atau dibenarkan—
di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh
Suruhanjaya, peraturan, perintah, arahan atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993
atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya;
di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
oleh mana-mana mahkamah; atau
bagi pelaksanaan tugasnya dan penjalanan fungsinya di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana
62
Undang-Undang Malaysia undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh
Suruhanjaya, peraturan, perintah, arahan atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993
atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya.
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa dokumen, bahan atau maklumat yang pada masa penzahiran itu adalah, atau telah pun dibuat, tersedia dengan sah kepada orang awam daripada apa-apa sumber, atau kepada maklumat dalam bentuk ringkasan atau kumpulan maklumat yang berhubung dengan sesuatu koperasi tertentu, anggota atau pendepositnya tidak dinyatakan secara jelas.
Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa dokumen, bahan atau maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun menzahirkannya kepada mana-mana orang lain.
Jika Suruhanjaya dalam penjalanan mana-mana kuasanya atau dalam penunaian mana-mana tugas atau fungsinya di bawah Akta ini,
Akta Koperasi 1993, mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkusakan oleh Suruhanjaya atau apa-apa jua mana-mana undang-undang bertulis lain, mengesyaki mana-mana orang telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993, mana-mana undang-undang bertulis lain atau apa-apa jua mana-mana undang-undang bertulis lain itu, adalah sah bagi Suruhanjaya memberi maklumat mengenai perlakuan demikian kepada seorang pegawai polis, atau menyampaikan suatu atau kesemua maklumat berhubung dengan kesalahan demikian kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah atau menguatkuasakan undang-undang yang kesalahan itu disyaki oleh Suruhanjaya telah dilakukan.
Subseksyen (4) hendaklah mempunyai kuasa dan kesan yang penuh, walau apa pun apa-apa ketidakkonsistenan dengannya, atau bertentangan dengannya, dalam Akta ini, Akta Koperasi 1993, mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh
Suruhanjaya atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 63