Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian VII

62. Pemulaan pendakwaan

(1)

Mana-mana pegawai atau pekerja Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Suruhanjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mendakwa apa-apa kes dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya.

(2)

Bagi maksud seksyen 380 Kanun Tatacara Jenayah, seorang pegawai atau pekerja Suruhanjaya yang diberikan kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai awam.

Report