Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
49. Kuasa untuk memberhentikan dan menggeledah kenderaan
Feedback & supportJika seorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana kenderaan membawa apa-apa keluaran kelapa sawit, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa kenderaan itu dan boleh, jika atas pemeriksaan dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa kenderaan itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita kenderaan itu dan apa-apa keluaran kelapa sawit, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai dalam kenderaan itu yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai perlakuan kesalahan itu.
Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa,—
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 37
memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa memeriksanya; dan
membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa.
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.