Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
51. Kuasa untuk memasuki premis
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 47 dan 48, seorang pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis bagi maksud—
(a)
memeriksa apa-apa keluaran kelapa sawit, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
38
Undang-Undang Malaysia
(b)
mengesahkan ketepatan rekod atau kenyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa atau kepada Lembaga; atau
(c)
memungut sampel apa-apa keluaran kelapa sawit.