Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VI · Penguatkuasaan

52. Pemulangan sementara kenderaan, dsb

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan disita di bawah Akta ini, mahkamah boleh buat sementara memulangkan kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pemunya kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu atau orang yang daripada pemilikan, penjagaan atau kawalannya ia disita, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh mahkamah dan, tertakluk, walau bagaimanapun, kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu akan diserahkan balik kepada mahkamah apabila diminta dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi.

(2)

Jika apa-apa kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan yang disita dipulangkan buat sementara di bawah subseksyen (1), seseorang yang—

(a)

tidak menyerahkan balik kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada mahkamah apabila diminta; atau

(b)

melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules