Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
53. Penjualan dan pelupusan keluaran kelapa sawit yang disita
Feedback & supportKetua Pengarah boleh pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa keluaran kelapa sawit yang disita di bawah Akta ini dijual dan hasil penjualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini jika—
keluaran kelapa sawit itu adalah daripada jenis mudah rosak atau mutunya mudah merosot;
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 39
penjagaan keluaran kelapa sawit itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah;
terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan keluaran kelapa sawit itu; atau
keluaran kelapa sawit itu dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang awam.
Walau apa pun subseksyen (1), jika juruanalisis memperakui, atau jika keputusan ujian sebagaimana yang diperakui oleh juruanalisis membuktikan, bahawa keluaran kelapa sawit yang diuji olehnya tercemar, pegawai yang menyita itu boleh menyimpannya dalam penjagaan atau, jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan keluaran kelapa sawit itu, menyebabkan supaya ia dilupuskan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.