Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
57. Tuntutan bagi keluaran kelapa sawit, dsb., yang disita
Feedback & supportSeseorang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen 56(3) dan bahawa ia tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada pegawai
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 41
diberi kuasa yang dalam penjagaannya ia dipegang bahawa dia menuntut keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu.
Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (1) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada
Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai diberi kuasa, melalui maklumat bertulis, merujukkan perkara itu kepada Majistret.
Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (2) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki Lembaga dan orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, tetapi penyampaian saman dengan sewajarnya dibuktikan, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, Majistret hendaklah memerintahkan supaya keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.
Apa-apa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau yang disifatkan dilucuthakkan hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai diberi kuasa itu dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.
Lembaga tidak menanggung liabiliti kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, tidak kira bagaimana sekalipun berlaku, dalam mutu apa-apa keluaran kelapa sawit yang disita di bawah Akta ini.
42
Undang-Undang Malaysia