Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
50. Senarai benda disita
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa keluaran kelapa sawit, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain disita di bawah seksyen 47, 48, atau 49, pegawai yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menghantar serah sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada—
jika premis telah digeledah di bawah seksyen 47 atau 48, penghuni premis yang digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu; dan
jika kenderaan telah disita di bawah seksyen 49, orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu.
Jika premis itu tidak didiami, pegawai yang menyita itu hendaklah bilamana boleh melekatkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.