Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
82. Pemindahan harta
Feedback & support(1)
Segala tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud, Lembaga-Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan hendaklah pada hari itu terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Lembaga.
(2)
Segala harta dan aset selain tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada Lembaga-Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan atau pada mana-mana orang bagi pihak
Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada hari itu terletak hak pada Lembaga.