Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
88. Penerusan permohonan, dsb., yang belum selesai
Feedback & supportSegala permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan di bawah Akta-Akta dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan diuruskan oleh
Lembaga di bawah Akta ini.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 55
Segala permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Menteri di bawah
Akta-Akta dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan diuruskan oleh Menteri di bawah Akta ini.
Segala surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan di bawah Akta-Akta dimansuhkan sebelum hari ditetapkan hendaklah pada hari ditetapkan diserah simpan dengan Lembaga.