Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

85. Keanggotaan Lembaga-Lembaga dibubarkan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan, anggota Lembaga-Lembaga dibubarkan dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta-Akta dimansuhkan yang memegang jawatan sebelum hari ditetapkan hendaklah terhenti memegang jawatan pada hari itu.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Lembaga-Lembaga dibubarkan yang terhenti memegang jawatan dan dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas hari ditetapkan, Lembaga-Lembaga dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada

Menteri laporan termasuk penyata kewangan yang dikehendaki di bawah Akta dimansuhkan masing-masing, tetapi laporan itu hendaklah terhad kepada tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan sehingga hari sebelum hari ditetapkan.

(3)

Walau apa pun seksyen 80, Lembaga-Lembaga dibubarkan hendaklah terus wujud bagi maksud subseksyen (2).

Report