Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
87. Kecualian bagi lesen dan daftar
Feedback & supportWalau apa pun pemansuhan di bawah seksyen 80 atau apa-apa peruntukan Akta ini yang berlawanan, tiap-tiap orang yang, sebelum hari ditetapkan, memegang lesen yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta-Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai dilesenkan di bawah Akta ini sehingga tarikh tamat tempoh lesen itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan padanya.
Tiap-tiap lesen yang menurut kuasanya seseorang disifatkan di bawah subseksyen (1) sebagai dilesenkan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan di bawah Akta ini; dan
Lembaga boleh mengubah terma dan syarat yang dikenakan pada lesen itu bagi maksud menyelaraskannya dengan dasar Lembaga mengenai pengenaan syarat tentang pelesenan di bawah Akta ini.
Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pembatalan lesen hendaklah terpakai bagi semua orang yang disifatkan di bawah subseksyen (1) sebagai dilesenkan di bawah Akta ini.
Jika seseorang yang disifatkan sebagai dilesenkan di bawah Akta ini di bawah subseksyen (1) berhasrat dilesenkan di bawah Akta ini selepas tamat tempoh yang baginya dia disifatkan dilesenkan di bawah Akta ini, dia boleh memohon kepada Lembaga untuk dilesenkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan, dan permohonannya hendaklah dibuat dan dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai suatu permohonan bagi pembaharuan lesen.
Semua daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah
Akta-Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripadanya.