Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

89. Penerusan prosiding sivil dan jenayah

Feedback & support
(1)

Baik pemansuhan di bawah seksyen 80 mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta-Akta dimansuhkan sebelum hari ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan sedemikian.

(2)

Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum hari ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga-Lembaga dibubarkan atau

Institut dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap

Lembaga-Lembaga dibubarkan, Institut dibubarkan atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diperbuat.

(3)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas hari ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan sebelum hari itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan menjadi pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap Lembaga.

Report