Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
91. Penerusan penggunaan nama
Feedback & support(1)
Walau apa pun seksyen 80 dan 90, Lembaga boleh terus menggunakan nama “Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit
Malaysia” dan “PORIM” bagi maksud menyenggarakan nama baik atau bagi apa-apa maksud yang didapati patut oleh Lembaga.
(2)
Tiada orang lain boleh menggunakan nama “Institut
Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia” atau “PORIM”
kecuali dengan mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga.
(3)
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.