Skip to content

Seksyen 37

Kuasa penangkapan

of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006

ActIn forceProvision 37 of 71
Seksyen 37

(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang—

(a)

yang didapati melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah

Akta ini; atau

(b)

yang dengan semunasabahnya disyaki oleh pegawai diberi kuasa sebagai terlibat dalam melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.