Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian VI
45. Pemulangan sementara kenderaan, dsb
Feedback & supportJika apa-apa kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan disita di bawah Akta ini, mahkamah boleh buat sementara memulangkan kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pemunya kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu atau orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia disita, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh mahkamah dan tertakluk, walau bagaimanapun, kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu akan diserahkan balik kepada mahkamah apabila diminta dan bahawa terma-terma dan syarat-syarat itu, jika ada, hendaklah dipatuhi.
Jika apa-apa kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan yang disita dipulangkan buat sementara di bawah subseksyen (1), seseorang yang—
tidak menyerahkan balik kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada mahkamah apabila diminta;
atau
melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.