Skip to content

Seksyen 46

Penjualan dan pelupusan lada, dsb., yang disita

of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006

ActIn forceProvision 46 of 71
Seksyen 46

(1)

Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa lada atau keluaran lada yang disita di bawah Akta ini dijual dan hasil penjualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini jika—

(a)

lada atau keluaran lada itu adalah daripada jenis mudah rosak atau mutunya mudah merosot;

(b)

penjagaan lada atau keluaran lada itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah;

(c)

terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan lada atau keluaran lada itu; atau 34

Undang-Undang Malaysia

Akta 656

(d)

lada atau keluaran lada itu dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang awam.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika juruanalisis memperakui, atau jika keputusan ujian sebagaimana yang diperakui oleh juruanalisis membuktikan, bahawa lada atau keluaran lada yang diuji olehnya tercemar, pegawai diberi kuasa itu boleh menyimpannya dalam jagaan atau, jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan lada atau keluaran lada itu, menyebabkan supaya lada atau keluaran lada itu dilupuskan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.