Skip to content

Seksyen 44

Senarai benda disita

of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006

ActIn forceProvision 44 of 71
Seksyen 44

(1)

Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan suatu senarai tiap-tiap lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita dan tempat lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa benda lain itu telah dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.

(2)

Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada—

(a)

penghuni tempat atau premis tempat lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa benda lain yang disita itu dijumpai;

dan

(b)

orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu jika penyitaan dibuat di bawah seksyen 43.

(3)

Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis yang tidak dihuni, pegawai diberi kuasa itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan supaya mudah dilihat senarai benda yang disita itu di tempat atau premis itu.

(4)

Jika apa-apa lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain disita selain di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan-alasan penyitaan itu kepada pemunya lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita itu dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu sendiri atau melalui pos ke tempat perniagaan atau kediamannya.

(5)

Notis di bawah subseksyen (4) tidak perlu diberikan jika penyitaan itu dibuat dalam kehadiran atau dengan pengetahuan pemunya.

Lembaga Lada Malaysia 33

Pemulangan sementara kenderaan, dsb.