Skip to content

Seksyen 43

Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita kenderaan

of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006

ActIn forceProvision 43 of 71
Seksyen 43

(1)

Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana kenderaan yang membawa apa-apa lada, keluaran lada, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa benda lain berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa kenderaan itu dan boleh, jika apabila diperiksa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa kenderaan itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita kenderaan itu dan apa-apa lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai dalam kenderaan itu yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

(2)

Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai yang diberi kuasa—

(a)

memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa memeriksanya; dan

(b)

membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa.

32

Undang-Undang Malaysia

Akta 656

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.