Seksyen 47
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006
(1)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini, boleh melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang pada hemat pegawai diberi kuasa itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.
(2)
Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen
(1)
, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganannya itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.