Skip to content

Seksyen 48

Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006

ActIn forceProvision 48 of 71
Seksyen 48

(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubah apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa itu ke dalam bentuk bertulis.

(2)

Orang itu adalah terikat untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkan orang itu kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

Lembaga Lada Malaysia 35

(3)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan itu.

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5)

Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas—

(a)

pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan

(b)

dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.