Mana-mana orang yang tidak didaftarkan atau tidak dikecualikan daripada pendaftaran di bawah Akta ini yang—
secara sengaja dan palsu berpura-pura sebagai didaftarkan di bawah Akta ini atau sebagai berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan atau pembedahan;
secara sengaja dan palsu memakai atau menggunakan nama atau gelaran seorang pakar perubatan, doktor perubatan, pengamal perubatan dan pembedahan bertauliah, sarjana muda perubatan, pakar bedah, pengamal am atau apotekari;
secara sengaja dan palsu memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang memberi faham bahawa dia didaftarkan di bawah Akta ini, atau bahawa dia diiktiraf di sisi undang-undang sebagai seorang pakar perubatan atau pakar bedah atau pengamal perubatan dan pembedahan bertauliah atau seorang pengamal dalam perubatan atau seorang apotekari;
secara sengaja dan palsu memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan, atau menggunakan apa-apa alat, yang dimaksudkan untuk mendorong mana-mana orang untuk mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan atau pembedahan mengikut kaedah-kaedah sains yang moden;
menjalankan amalan perubatan atau pembedahan;
menggunakan istilah “klinik” atau “dispensari” atau
“hospital” atau sesuatu perkataan yang bersamaan dengan perkataan ini dalam mana-mana bahasa lain pada papan tanda di tempat amalannya yang berupa sebagai menjalankan amalan perubatan atau pembedahan sebagai seorang yang didaftarkan di bawah Akta ini; atau
menggunakan sesuatu simbol yang direka bentuk oleh Majlis untuk kegunaan pengamal perubatan berdaftar sahaja,
52
Undang-Undang Malaysia melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, berkenaan dengan kesalahan pertama didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan berkenaan dengan kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud subseksyen (1)—
pengambilan atau penggunaan oleh mana-mana orang perkataan “doktor” atau “klinik” atau “dispensari” atau
“hospital” atau sesuatu perkataan yang bersamaan dengan mana-mana perkataan ini dalam mana-mana bahasa lain berhubung dengan menjalankan amalan perubatan atau pembedahan hendaklah disifatkan sebagai pemakaian atau penggunaan sesuatu nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang dimaksudkan untuk mendorong mana-mana orang untuk mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan atau pembedahan mengikut kaedah-kaedah sains yang moden; dan
tertakluk pada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 36(2)(p), penggunaan oleh mana-mana orang dalam menjalankan amalan perubatan atau pembedahan akan sphygmomanometer, stethoscope, hypodermic syringe atau alat lain yang digunakan oleh orang yang berkelulusan menjalankan amalan perubatan atau pembedahan mengikut kaedah-kaedah sains yang moden, hendaklah disifatkan sebagai penggunaan alat yang dimaksudkan untuk mendorong seseorang mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan atau pembedahan mengikut kaedah-kaedah sains yang moden.