Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian V
34B. Tanggungan Kerajaan terhadap tort yang dilakukan oleh pengamal bukan Kerajaan semasa merawat pesakit atas permintaan atau melalui perkiraan dengan Kerajaan
Feedback & supportSeseorang pengamal perubatan yang memegang suatu perakuan amalan tahunan semasa yang sah, yang bukan seorang pegawai awam dan yang, atas permintaan atau melalui perkiraan dengan Kerajaan, menjalankan apa-apa penyiasatan, pemeriksaan, perawatan atau pengurusan mengenai mana-mana pesakit dalam mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan Kerajaan hendaklah, semasa menjalankan penyiasatan, pemeriksaan, perawatan atau pengurusan itu, disifatkan sebagai seorang pegawai awam bagi maksud seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359]; dan walau apa pun peruntukan subseksyen 6(4) Akta itu, prosiding boleh dibawa terhadap Kerajaan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau kemungkiran yang telah dibuat atau dilakukan oleh pengamal itu semasa menjalankan atau berkaitan dengan penyiasatan, pemeriksaan, perawatan atau pengurusan itu.