Skip to content
In forceUpdated to 23 Aug 2022Read it in English

Bahagian V

34. Perubatan Tradisional dan Komplementari

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2) dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, tiada apa-apa dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai menyentuh hak mana-mana orang di bawah mana-mana

Perubatan 53

undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya, yang bukan seseorang yang memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang dimaksudkan untuk mendorong mana-mana orang untuk mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan atau pembedahan mengikut kaedah-kaedah sains yang moden, untuk mengamalkan perubatan tradisional atau komplementeri.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), tiada seorang pun, melainkan jika dia seorang pengamal perubatan berdaftar, boleh mengemukakan dirinya sebagai berkelulusan, layak atau sanggup untuk menjalankan rawatan penyakit mata manusia atau menetapkan ubat bagi penyakit itu, atau memberikan nasihat berkaitan dengan rawatan penyakit itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira sebagai melarang seseorang yang bukan seorang pengamal perubatan berdaftar daripada mengemukakan dirinya sebagai berkelulusan, kompeten atau sanggup untuk menguji pembiasan, ketajaman penglihatan dan penglihatan warna, atau membuat atau mengadakan cermin mata atau perkakas optik lain bagi maksud mengubati kecacatan penglihatan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Report

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Schedules