(1)
Mana-mana orang yang bersalah atas sesuatu kesalahan terhadap Akta ini yang baginya tiada sesuatu penalti tertentu diperuntukkan boleh, apabila disabitkan, dikenakan—
(a)
bagi kesalahan kali pertama, denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan
(b)
bagi kesalahan kali kedua atau kemudiannya, denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
(2)
Dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan orang itu boleh dikenakan penalti selanjutnya sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan sebagai tambahan kepada penalti di bawah perenggan (1)(a) dan (b) itu masing-masing.