Skip to content
In forceUpdated to 23 Aug 2022Read it in English

Bahagian V

34A. Pemeriksaan dan perawatan pesakit oleh penuntut perubatan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam Akta ini, adalah sah bagi mana-mana orang yang mengikuti kursus pengajian perubatan atau pembedahan di—

(a)

mana-mana Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

[Akta 30]; atau

(b)

mana-mana institusi pendidikan yang dinyatakan dalam

Jadual Ketiga,

54

Undang-Undang Malaysia untuk menjalankan, semasa mengikuti kursus pengajian itu, apa-apa penyiasatan, pemeriksaan atau perawatan pesakit di mana-mana hospital, klinik, pusat kesihatan atau institusi lain yang diluluskan oleh

Menteri bagi maksud seksyen ini melalui pemberitahuan dalam Warta;

dengan syarat bahawa penyiasatan, pemeriksaan atau perawatan itu dijalankan oleh orang itu di bawah kawalan dan penyeliaan seorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang memegang suatu perakuan amalan tahunan semasa dan sah.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(b), tiada institusi pendidikan boleh dinyatakan dalam Jadual Ketiga melainkan jika—

(a)

ia ialah suatu institusi pendidikan yang didaftarkan di bawah

*Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] atau mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan pendaftaran suatu institusi pendidikan; dan

(b)

ia bergabung dengan mana-mana institusi yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual Kedua bagi maksud memberikan penuntut institusi pendidikan itu kelulusan yang dinyatakan yang terdapat bersetentangan dengan institusi itu.

(3)

Mana-mana kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang disenggarakan dan dikendalikan oleh Kerajaan dan diluluskan oleh

Menteri di bawah subseksyen (1) tidak boleh bertanggungan bagi apa-apa kecederaan, kehilangan atau kerosakan am semulajadi terhadap mana-mana pesakit atau orang lain semata-mata akibat daripada apa-apa penyiasatan, pemeriksaan atau rawatan pesakit di bawah subseksyen (1) oleh seseorang yang sedang menjalani kursus pembelajaran dalam perubatan atau pembedahan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1); dengan syarat tiada apa-apa dalam subseksyen ini boleh dianggap sebagai memberi orang atau Universiti atau Kolej

Universiti atau institusi pembelajaran yang diluluskan itu di mana dia sedang menjalani kursus pengajian siswazah atau mana-mana pegawai atau pekerja Universiti atau Kolej Universiti atau institusi pembelajaran yang diluluskan itu apa-apa kekebalan daripada apa-apa liabiliti bagi kecederaan, kehilangan atau kerosakan itu.

*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Pelajaran 1961 [Akta 43/1961] – lihat seksyen 155

Akta 550.

Perubatan 55

(4)

Menteri boleh meminda Jadual Ketiga melalui pemberitahuan dalam Warta.

Report

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Schedules