Skip to content
In forceUpdated to 23 Aug 2022Read it in English

Bahagian V

34C. Pengamal perubatan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah hendaklah disifatkan sebagai Pegawai Perubatan Kerajaan

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana pengamal perubatan yang berdaftar di bawah seksyen 14 dan yang bukan seorang pengamal perubatan dalam perkhidmatan awam untuk menjalankan mana-mana daripada fungsi yang berikut, iaitu—

(a)

penyiasatan, pemeriksaan, perawatan atau pengurusan mana-mana pesakit; atau

(b)

melaksanakan sesuatu autopsi atau penyiasatan post-mortem ke atas mana-mana orang yang mati, di dalam mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan.

56

Undang-Undang Malaysia

(1A)

Ketua Pengarah Kesihatan boleh mewakilkan kuasanya di bawah subseksyen (1) kepada mana-mana Pengarah Kesihatan Negeri atau pegawai yang setaraf.

(2)

Seseorang pengamal perubatan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) atau (1A) untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (b) hendaklah disifatkan sebagai seorang Pegawai Perubatan Kerajaan bagi maksud Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593] dan mana-mana undang-undang berkaitan yang lain di Malaysia.

Report

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Schedules