Act of Parliament · Updated to 1 Dec 2012
National Parks Act 1980
Feedback & supportSetting up and controlling national parksOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Taman Negara 1980 dan hendaklah tertakluk kepada subseksyen (2) dipakai di seluruh Malaysia*.
Akta ini tidak terpakai bagi Sabah dan Sarawak dan
Taman Negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu yang kesemuanya menjadi
Taman
Negara sebagaimana diperihalkan dalam
Jadual
Enakmen
Taman
Negara
(Kelantan) [En. 14/1938] dan dalam Jadual Pertama kepada
Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939 [En. 2/1938] dan
Enakmen Taman Negara (Terengganu) [En. 6/1358].
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 226
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini —
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Hidupan Liar dan
Taman Negara yang dilantik di bawah *Akta Perlindungan
Hidupan Liar 1972[Akta 76];
“pegawai” ertinya Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang disebut di bawah seksyen 8(1);
“Taman Negara” ertinya sesuatu Taman Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.
Pihak Berkuasa Negeri boleh di atas permintaan
Menteri merizabkan mana-mana tanah Negeri dalam kawasan
Negeri itu (termasuklah mana-mana kawasan laut) bagi maksud suatu Taman Negara di bawah suatu nama yang akan diberi kepadanya.
Kawasan yang dirizabkan sedemikian itu hendaklah diletakkan di bawah kawalan suatu jawatankuasa Taman
Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 7.
Perizaban sesuatu kawasan atau sebahagian darinya di bawah seksyen ini tidak boleh dibatalkan oleh Pihak Berkuasa
Negeri kecuali selepas berunding dengan Menteri.
Apa-apa perizaban tanah di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu dalam Warta dan pemberitahuan itu hendaklah—
* CATATAN— Akta ini dimansuhkan oleh Akta Pemuliharaan Hidupan Liar [Akta 716] mula berkuat kuasa pada 28 Disember 2010 – lihat subsekyen 4(1) Akta 716 [P.U.
545/2010].
Taman Negara 7
memperihalkan tanah rizab itu;
menetapkan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa mengawal tanah yang dirizabkan sedemikian itu;
menjadi keterangan muktamad bahawa tanah yang diperihalkan sedemikian itu adalah dirizabkan bagi maksud Akta ini.
s 4Tujuan penubuhan Taman Negara
Tujuan penubuhan Taman Negara ialah untuk memelihara dan melindungi hidupan liar, hidupan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kaji bumi, kaji purba, sejarah dan etnologi dan kepentingan lain dari segi sains dan pemandangan, dan melalui pemerliharaan dan penggunaannya untuk memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai.
Maka hendaklah ada suatu Majlis Penasihat Taman
Negara yang hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut−
seorang pengerusi yang hendaklah dilantik oleh
Menteri;
Setiausaha Kerajaan Negeri tiap-tiap Negeri di mana terdapat suatu
Taman
Negara atau sebahagian daripadanya;
tiga orang wakil yang dinamakan oleh Pihak
Berkuasa Negeri dari tiap-tiap satu Negeri dalam mana terdapat suatu
Taman
Negara atau sebahagian darinya;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 226
Ketua Pengarah;
seorang wakil Perbendaharaan;
seorang wakil Bahagian Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri;
seorang wakil Perbadanan Kemajuan Pelancongan;
seorang wakil Jabatan Perhutanan; dan
tidak lebih dari enam orang lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
Seseorang ahli yang dilantik di bawah perenggan (1)(a) atau (h) hendaklah memegang jawatan selama sesuatu tempoh masa sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri dan Menteri boleh pada bila-bila masa memecatnya dari jawatan tanpa memberi apa-apa sebab baginya.
Majlis Penasihat Taman Negara hendaklah memberi nasihat kepada Menteri mengenai perkara yang berhubung dengan pemeliharaan, penggunaan, penjagaan, pengawalan, pengurusan dan kemajuan Taman Negara dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dirujuk kepadanya dari semasa ke semasa oleh Menteri.
Tertakluk kepada peraturan yang dibuat di bawah seksyen 11, Majlis hendaklah memutuskan tatacaranya di mesyuaratnya.
Taman Negara 9
Suatu jawatankuasa hendaklah ditubuhkan oleh
Menteri bagi tiap-tiap satu Taman Negara yang terdiri daripada ahli-ahli yang berikut—
Setiausaha Kerajaan Negeri bagi tiap-tiap satu Negeri di mana Taman Negara itu terletak;
Pengarah Tanah dan Galian tiap-tiap Negeri di mana terdapat suatu Taman Negara atau sebahagian daripadanya;
seorang wakil dari tiap-tiap satu jabatan Kerajaan
Persekutuan dan selepas berunding dengan Pihak
Berkuasa Negeri, Kerajaan Negeri sebagaimana yang
Menteri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa
Negeri fikirkan perlu diwakili; dan
lain-lain orang yang tidak melebihi tiga orang jumlahnya sebagaimana yang dilantik oleh Menteri dan subseksyen 5(2) hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi sesuatu perlantikan di bawah perenggan ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu, tetapi jika sesuatu Taman Negara terletak dalam kawasan dua Negeri atau lebih, Setiausaha
Kerajaan Negeri bagi Negeri yang berkenaan itu hendaklah menjadi pengerusi secara bergilir dan, tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 11, jawatankuasa itu hendaklah memutuskan tatacaranya di mesyuaratnya.
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah bertanggungjawab bagi pemeliharaan, penggunaan, penjagaan, pengawalan, pengurusan dan kemajuan Taman Negara yang baginya ia ditubuhkan dan,
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 226
dalam melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Akta ini, jawatankuasa itu hendaklah bertindak mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Taman Negara dari semasa ke semasa.
Ketua
Pengarah dan orang lain hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dengan sewajarnya peruntukan Akta
s 8Section 8
(1)
Ketua Pengarah dan orang lain yang dilantik di bawah subseksyen 4(1) *Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dengan sewajarnya peruntukan Akta ini dan pada berbuat demikian orang itu hendaklah disebut dengan nama jawatan yang diberikan kepada mereka di bawah Akta ini
Ketua
Pengarah hendaklah mempunyai kuasa pengawasan dan arahan am ke atas semua perkara yang berhubung dengan Taman Negara.
Menteri boleh dari semasa ke semasa memberikan kepada Ketua Pengarah arahan yang bersifat am dan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini mengenai penjalanan kuasa yang diberikan kepada, dan tugas yang dikehendaki dilaksanakan oleh, Ketua Pengarah di bawah
Akta ini dan Ketua Pengarah hendaklah menguatkuasa semua arahan itu.
* CATATAN— Akta ini dimansuhkan oleh Akta Pemuliharaan Hidupan Liar [Akta 716] mula berkuat kuasa pada 28 Disember 2010 – lihat subsekyen 4(1) Akta 716 [P.U.
545/2010].
Taman Negara 11
Pihak Berkuasa Negeri boleh selepas berunding dengan Menteri memajak atau membenarkan supaya diguna atau diduduki mana-mana tanah dalam kawasan sesuatu
Taman Negara tertakluk kepada syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan dan bagi mana-mana daripada maksud yang berikut—
pembinaan dan penyelenggaraan jalan;
pembinaan dan penyelengaraan lapangan terbang kecil;
pembinaan dan penyelenggaraan empang dan kolam air;
pembinaan dan penyelenggaran hotel, rumah rehat, rumah kediaman, bangunan dan kerja-kerja kegunaan awam, jika Pihak Berkuasa Negeri memikirkan mana-mana daripada maksud ini sebagai perlu dan demi kepentingan kemajuan
Taman Negara itu menurut tujuan yang disebut dalam seksyen 4, dan
perlombongan atau cari gali menurut peruntukan seksyen 10.
Mana-mana tanah yang dipajakkan oleh Pihak
Berkuasa Negeri atau mana-mana tanah yang berkenaan dengannya sesuatu kegunaan atau pendudukan telah dibenarkan oleh
Pihak
Berkuasa
Negeri di bawah subseksyen (1) hendaklah terus menjadi sebahagian daripada
Taman Negara itu dan ditakluk oleh peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kecuali setakat mana yang ditetapkan dalam apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen (1).
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 226
Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa pajakan atau permit untuk mengguna atau menduduki tanah di bawah seksyen ini hendaklah dikeluarkan menurut Kanun Tanah
Negara.
Kecuali menurut kuasa apa-apa hak yang diberikan oleh atau diperolehi di bawah atau berkenaan dengan mana-mana pajakan atau permit di bawah subseksyen (1) atau sebagaimana yang selainnya diperuntukkan dalam Akta ini, tiada seorangpun selain daripada seseorang pegawai boleh mendiami, memasuki, mengguna atau menduduki mana-mana tanah dalam kawasan dan menjadi sebahagian daripada sesuatu Taman Negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), pengendalian melombong atau mencari gali tidak boleh dijalankan dalam kawasan sesuatu Taman Negara.
Jika pada bila-bila masa Pihak Berkuasa Negeri mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dalam suatu bahagian tertentu sesuatu Taman Negara terdapat bahan galian yang begitu berharga hinggakan akan berlawanan dengan kepentingan Negeri itu jika ia tidak dilombong, Pihak
Berkuasa Negeri boleh selepas berunding dengan Menteri mengeluarkan, di bawah undang-undang yang berhubung dengan perlombongan, lesen untuk mencari gali bahagian
Taman Negara itu dan jika perlu mengeluarkan kemudiannya perakuan melombong atau pajakan lombong berkenaan dengan bahagian Taman Negara itu atau mana-mana bahagian daripada bahagian itu.
Taman Negara 13
Jika apa-apa perakuan melombong atau pajakan lombong dikeluarkan berkenaan dengan mana-mana tanah dalam kawasan sesuatu Taman Negara, pemegang perakuan atau pajakan itu hendaklah mempunyai hak untuk lalu-lalang, lesen atau kemudahan lain sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan dengan praktiknya hak yang diberi oleh perakuan atau pajakan itu.
Walau apa pun terkandung dalam undang-undang yang berhubungan dengan perlombongan, maka hendaklah ada suatu syarat termaklum dalam sesuatu perakuan melombong atau pajakan lombong yang dikeluarkan menurut seksyen ini bahawa mana-mana pegawai hendaklah mempunyai hak memasuki tanah yang berkenaan dengannya suatu lesen untuk mencari gali, suatu perakuan melombong atau suatu pajakan lombong telah dikeluarkan sebagaimana perlu supaya ia boleh menjalankan tujuan Akta ini berkenaan dengan tanah itu dan Taman Negara amnya.
Menteri boleh selepas berunding dengan Pihak
Berkuasa Negeri membuat peraturan-peraturan yang tidak berlawanan dengan Akta ini berhubung dengan mana-mana atau semua daripada perkara-perkara yang berikut, iaitu—
penutupan kawasan tertentu dalam sesuatu Taman
Negara dari orang awam;
larangan terhadap pembunuhan, pencederaan, penjeratan, penangkapan atau pengandangan apa-apa hidupan liar dalam kawasan sesuatu
Taman Negara dan pelupusan hidupan liar yang dibunuh, dicedera, dijerat, ditangkap atau dikandang itu;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 226
larangan terhadap binatang yang ditetapkan daripada dibawa masuk ke dalam atau terus berada dalam kawasan sesuatu Taman Negara;
pembakaran dan penebangan tumbuh-tumbuhan dalam kawasan sesuatu Taman Negara;
pelupusan hidupan liar, tumbuh-tumbuhan atau lain-lain benda yang dijumpai dalam kawasan sesuatu Taman Negara;
pemeriksaan mana-mana orang yang disyaki melanggar mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
tempoh dan masa di mana orang awam boleh masuk ke dalam sesuatu Taman Negara atau mana-mana bahagiannya;
kawalan terhadap kelakuan, tanggungan dan kewajipan orang yang melawat atau berjalan, menjelajah atau berkhemah dalam sesuatu Taman
Negara dan (tanpa menyentuh keluasan makna peruntukan yang tersebut di atas) keselamatan orang yang melawat Taman itu dan tanggungan mereka mengenai semua perbelanjaan sewajar yang dikenakan berkenaan dengan gerakan mencari orang yang telah hilang atau (selepas gagal mematuhi peraturan itu) yang dengan munasabah dipercayai telah hilang di dalamnya;
fee bagi pengeluaran permit untuk memasuki atau berkhemah dalam kawasan sesuatu Taman
Negara, bagi kemasukan kereta ke dalam dan pengambilan fotograf dalam kawasan sesuatu
Taman Negara atau bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan penggunaan atau penikmatan sesuatu Taman Negara;
Taman Negara 15
perlindungan, pemeliharaan dan penjagaan terhadap sesuatu Taman Negara dan terhadap kerja kekal dan kerja penyelenggaraan dan terhadap kemudahan dan ameniti dan terhadap hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan dan ciri-ciri yang mempunyai kepentingan dari segi pemandangan, sains dan sejarah di dalamnya;
kawalan terhadap lalu-lintas dan pengangkutan penumpang dalam kawasan sesuatu Taman
Negara;
penyitaan dan pelupusan apa-apa kereta, vessel, binatang atau lain-lain barang atau benda yang berkenaan dengannya berlaku pelanggaran terhadap mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
penalti berkenaan dengan pelanggaran mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
pembinaan dan penyelenggaraan hotel, rumah rehat, rumah kediaman, bangunan dan kerja kegunaan awam;
kuasa dan tugas pegawai berhubung dengan penjalanan peruntukan Akta ini dan peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
tatacara yang akan dipakai oleh Majlis Penasihat
Taman Negara dan jawatankuasa Taman Negara di mesyuarat mereka dan saraan atau elaun yang kena dibayar kepada ahli-ahlinya;
apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh
Menteri bagi pengawalan dan pengurusan yang baik sesuatu Taman Negara atau bagi mencapai tujuan ia ditubuhkan.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 226
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang berlainan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan Taman
Negara yang berlainan.
_______________________________________
17
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari yang meminda
Akta A571 Akta Taman Negara (Pindaan) 16-12-1983 1983
P.U.
187/84 Perintah Wilayah Persekutuan 16-04-1984
Labuan (Pengubahsuaian Enakmen
Taman Negara) 1984
____________________
SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 3
5
7
9
10
11
16-12-1983
16-12-1983
16-12-1983
16-12-1983
16-12-1983
16-12-1983
_____________