Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

10. Larangan am terhadap melombong dalam kawasan Taman Negara

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), pengendalian melombong atau mencari gali tidak boleh dijalankan dalam kawasan sesuatu Taman Negara.

(2)

Jika pada bila-bila masa Pihak Berkuasa Negeri mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dalam suatu bahagian tertentu sesuatu Taman Negara terdapat bahan galian yang begitu berharga hinggakan akan berlawanan dengan kepentingan Negeri itu jika ia tidak dilombong, Pihak

Berkuasa Negeri boleh selepas berunding dengan Menteri mengeluarkan, di bawah undang-undang yang berhubung dengan perlombongan, lesen untuk mencari gali bahagian

Taman Negara itu dan jika perlu mengeluarkan kemudiannya perakuan melombong atau pajakan lombong berkenaan dengan bahagian Taman Negara itu atau mana-mana bahagian daripada bahagian itu.

Taman Negara 13

(3)

Jika apa-apa perakuan melombong atau pajakan lombong dikeluarkan berkenaan dengan mana-mana tanah dalam kawasan sesuatu Taman Negara, pemegang perakuan atau pajakan itu hendaklah mempunyai hak untuk lalu-lalang, lesen atau kemudahan lain sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan dengan praktiknya hak yang diberi oleh perakuan atau pajakan itu.

(4)

Walau apa pun terkandung dalam undang-undang yang berhubungan dengan perlombongan, maka hendaklah ada suatu syarat termaklum dalam sesuatu perakuan melombong atau pajakan lombong yang dikeluarkan menurut seksyen ini bahawa mana-mana pegawai hendaklah mempunyai hak memasuki tanah yang berkenaan dengannya suatu lesen untuk mencari gali, suatu perakuan melombong atau suatu pajakan lombong telah dikeluarkan sebagaimana perlu supaya ia boleh menjalankan tujuan Akta ini berkenaan dengan tanah itu dan Taman Negara amnya.

Report