8. Section 8
Feedback & support(1)
Ketua Pengarah dan orang lain yang dilantik di bawah subseksyen 4(1) *Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dengan sewajarnya peruntukan Akta ini dan pada berbuat demikian orang itu hendaklah disebut dengan nama jawatan yang diberikan kepada mereka di bawah Akta ini
Ketua
Pengarah hendaklah mempunyai kuasa pengawasan dan arahan am ke atas semua perkara yang berhubung dengan Taman Negara.
Menteri boleh dari semasa ke semasa memberikan kepada Ketua Pengarah arahan yang bersifat am dan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini mengenai penjalanan kuasa yang diberikan kepada, dan tugas yang dikehendaki dilaksanakan oleh, Ketua Pengarah di bawah
Akta ini dan Ketua Pengarah hendaklah menguatkuasa semua arahan itu.
* CATATAN— Akta ini dimansuhkan oleh Akta Pemuliharaan Hidupan Liar [Akta 716] mula berkuat kuasa pada 28 Disember 2010 – lihat subsekyen 4(1) Akta 716 [P.U.
545/2010].
Taman Negara 11