11. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh selepas berunding dengan Pihak
Berkuasa Negeri membuat peraturan-peraturan yang tidak berlawanan dengan Akta ini berhubung dengan mana-mana atau semua daripada perkara-perkara yang berikut, iaitu—
penutupan kawasan tertentu dalam sesuatu Taman
Negara dari orang awam;
larangan terhadap pembunuhan, pencederaan, penjeratan, penangkapan atau pengandangan apa-apa hidupan liar dalam kawasan sesuatu
Taman Negara dan pelupusan hidupan liar yang dibunuh, dicedera, dijerat, ditangkap atau dikandang itu;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 226
larangan terhadap binatang yang ditetapkan daripada dibawa masuk ke dalam atau terus berada dalam kawasan sesuatu Taman Negara;
pembakaran dan penebangan tumbuh-tumbuhan dalam kawasan sesuatu Taman Negara;
pelupusan hidupan liar, tumbuh-tumbuhan atau lain-lain benda yang dijumpai dalam kawasan sesuatu Taman Negara;
pemeriksaan mana-mana orang yang disyaki melanggar mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
tempoh dan masa di mana orang awam boleh masuk ke dalam sesuatu Taman Negara atau mana-mana bahagiannya;
kawalan terhadap kelakuan, tanggungan dan kewajipan orang yang melawat atau berjalan, menjelajah atau berkhemah dalam sesuatu Taman
Negara dan (tanpa menyentuh keluasan makna peruntukan yang tersebut di atas) keselamatan orang yang melawat Taman itu dan tanggungan mereka mengenai semua perbelanjaan sewajar yang dikenakan berkenaan dengan gerakan mencari orang yang telah hilang atau (selepas gagal mematuhi peraturan itu) yang dengan munasabah dipercayai telah hilang di dalamnya;
fee bagi pengeluaran permit untuk memasuki atau berkhemah dalam kawasan sesuatu Taman
Negara, bagi kemasukan kereta ke dalam dan pengambilan fotograf dalam kawasan sesuatu
Taman Negara atau bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan penggunaan atau penikmatan sesuatu Taman Negara;
Taman Negara 15
perlindungan, pemeliharaan dan penjagaan terhadap sesuatu Taman Negara dan terhadap kerja kekal dan kerja penyelenggaraan dan terhadap kemudahan dan ameniti dan terhadap hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan dan ciri-ciri yang mempunyai kepentingan dari segi pemandangan, sains dan sejarah di dalamnya;
kawalan terhadap lalu-lintas dan pengangkutan penumpang dalam kawasan sesuatu Taman
Negara;
penyitaan dan pelupusan apa-apa kereta, vessel, binatang atau lain-lain barang atau benda yang berkenaan dengannya berlaku pelanggaran terhadap mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
penalti berkenaan dengan pelanggaran mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
pembinaan dan penyelenggaraan hotel, rumah rehat, rumah kediaman, bangunan dan kerja kegunaan awam;
kuasa dan tugas pegawai berhubung dengan penjalanan peruntukan Akta ini dan peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
tatacara yang akan dipakai oleh Majlis Penasihat
Taman Negara dan jawatankuasa Taman Negara di mesyuarat mereka dan saraan atau elaun yang kena dibayar kepada ahli-ahlinya;
apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh
Menteri bagi pengawalan dan pengurusan yang baik sesuatu Taman Negara atau bagi mencapai tujuan ia ditubuhkan.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 226
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang berlainan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan Taman
Negara yang berlainan.
_______________________________________
17
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari yang meminda
Akta A571 Akta Taman Negara (Pindaan) 16-12-1983 1983
P.U.
187/84 Perintah Wilayah Persekutuan 16-04-1984
Labuan (Pengubahsuaian Enakmen
Taman Negara) 1984
____________________
SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 3
5
7
9
10
11
16-12-1983
16-12-1983
16-12-1983
16-12-1983
16-12-1983
16-12-1983
_____________