Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

9. Menduduki tanah dalam kawasan Taman Negara

Feedback & support
(1)

Pihak Berkuasa Negeri boleh selepas berunding dengan Menteri memajak atau membenarkan supaya diguna atau diduduki mana-mana tanah dalam kawasan sesuatu

Taman Negara tertakluk kepada syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan dan bagi mana-mana daripada maksud yang berikut—

(a)

pembinaan dan penyelenggaraan jalan;

(b)

pembinaan dan penyelengaraan lapangan terbang kecil;

(c)

pembinaan dan penyelenggaraan empang dan kolam air;

(d)

pembinaan dan penyelenggaran hotel, rumah rehat, rumah kediaman, bangunan dan kerja-kerja kegunaan awam, jika Pihak Berkuasa Negeri memikirkan mana-mana daripada maksud ini sebagai perlu dan demi kepentingan kemajuan

Taman Negara itu menurut tujuan yang disebut dalam seksyen 4, dan

(e)

perlombongan atau cari gali menurut peruntukan seksyen 10.

(2)

Mana-mana tanah yang dipajakkan oleh Pihak

Berkuasa Negeri atau mana-mana tanah yang berkenaan dengannya sesuatu kegunaan atau pendudukan telah dibenarkan oleh

Pihak

Berkuasa

Negeri di bawah subseksyen (1) hendaklah terus menjadi sebahagian daripada

Taman Negara itu dan ditakluk oleh peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kecuali setakat mana yang ditetapkan dalam apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen (1).

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 226

(3)

Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa pajakan atau permit untuk mengguna atau menduduki tanah di bawah seksyen ini hendaklah dikeluarkan menurut Kanun Tanah

Negara.

(4)

Kecuali menurut kuasa apa-apa hak yang diberikan oleh atau diperolehi di bawah atau berkenaan dengan mana-mana pajakan atau permit di bawah subseksyen (1) atau sebagaimana yang selainnya diperuntukkan dalam Akta ini, tiada seorangpun selain daripada seseorang pegawai boleh mendiami, memasuki, mengguna atau menduduki mana-mana tanah dalam kawasan dan menjadi sebahagian daripada sesuatu Taman Negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah.

Report