Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

5. Majlis Penasihat Taman Negara

Feedback & support
(1)

Maka hendaklah ada suatu Majlis Penasihat Taman

Negara yang hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut−

(a)

seorang pengerusi yang hendaklah dilantik oleh

Menteri;

(aa)

Setiausaha Kerajaan Negeri tiap-tiap Negeri di mana terdapat suatu

Taman

Negara atau sebahagian daripadanya;

(b)

tiga orang wakil yang dinamakan oleh Pihak

Berkuasa Negeri dari tiap-tiap satu Negeri dalam mana terdapat suatu

Taman

Negara atau sebahagian darinya;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 226

(c)

Ketua Pengarah;

(d)

seorang wakil Perbendaharaan;

(e)

seorang wakil Bahagian Perancang Ekonomi

Jabatan Perdana Menteri;

(f)

seorang wakil Perbadanan Kemajuan Pelancongan;

(g)

seorang wakil Jabatan Perhutanan; dan

(h)

tidak lebih dari enam orang lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(2)

Seseorang ahli yang dilantik di bawah perenggan (1)(a) atau (h) hendaklah memegang jawatan selama sesuatu tempoh masa sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri dan Menteri boleh pada bila-bila masa memecatnya dari jawatan tanpa memberi apa-apa sebab baginya.

Report