7. Penubuhan jawatankuasa Taman Negara
Feedback & supportSuatu jawatankuasa hendaklah ditubuhkan oleh
Menteri bagi tiap-tiap satu Taman Negara yang terdiri daripada ahli-ahli yang berikut—
Setiausaha Kerajaan Negeri bagi tiap-tiap satu Negeri di mana Taman Negara itu terletak;
Pengarah Tanah dan Galian tiap-tiap Negeri di mana terdapat suatu Taman Negara atau sebahagian daripadanya;
seorang wakil dari tiap-tiap satu jabatan Kerajaan
Persekutuan dan selepas berunding dengan Pihak
Berkuasa Negeri, Kerajaan Negeri sebagaimana yang
Menteri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa
Negeri fikirkan perlu diwakili; dan
lain-lain orang yang tidak melebihi tiga orang jumlahnya sebagaimana yang dilantik oleh Menteri dan subseksyen 5(2) hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi sesuatu perlantikan di bawah perenggan ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu, tetapi jika sesuatu Taman Negara terletak dalam kawasan dua Negeri atau lebih, Setiausaha
Kerajaan Negeri bagi Negeri yang berkenaan itu hendaklah menjadi pengerusi secara bergilir dan, tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 11, jawatankuasa itu hendaklah memutuskan tatacaranya di mesyuaratnya.
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah bertanggungjawab bagi pemeliharaan, penggunaan, penjagaan, pengawalan, pengurusan dan kemajuan Taman Negara yang baginya ia ditubuhkan dan,
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 226
dalam melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Akta ini, jawatankuasa itu hendaklah bertindak mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Taman Negara dari semasa ke semasa.
Ketua
Pengarah dan orang lain hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dengan sewajarnya peruntukan Akta