Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

6. Fungsi Majlis Penasihat Taman Negara

Feedback & support
(1)

Majlis Penasihat Taman Negara hendaklah memberi nasihat kepada Menteri mengenai perkara yang berhubung dengan pemeliharaan, penggunaan, penjagaan, pengawalan, pengurusan dan kemajuan Taman Negara dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dirujuk kepadanya dari semasa ke semasa oleh Menteri.

(2)

Tertakluk kepada peraturan yang dibuat di bawah seksyen 11, Majlis hendaklah memutuskan tatacaranya di mesyuaratnya.

Taman Negara 9

Report