Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian II · Institut Sukan Negara

11. Pengosongan jawatan dan pengisian kekosongan

(1)

Jawatan seseorang anggota Institut yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(a) atau (j) hendaklah menjadi kosong jika—

(a)

dia mati;

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda)

selama tempoh yang melebihi dua tahun;

(c)

kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Institut atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Institut;

(d)

dia menjadi bankrap;

(e)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(f)

dia tidak menghadiri mesyuarat Institut tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;

(g)

pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau

(h)

peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.

(2)

Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(a) atau (j) terhenti menjadi anggota Institut, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.

Report

Bahagian III

Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai dan Pekerja Institut

Bahagian IV

Perkhidmatan dalam Sains Sukan dan Perubatan Sukan

Bahagian V

Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan

Bahagian VI

Kewangan

Bahagian VII

Kuasa Lain Institut

Bahagian VIII

Schedules