Akta Institut Sukan Negara 2011 · As enacted · Bahagian II · Institut Sukan Negara
7. Keanggotaan Institut
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Institut hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
Ketua Pegawai Eksekutif;
Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sukan atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengajian tinggi atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelajaran atau wakilnya;
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara atau wakilnya;
Presiden Majlis Olimpik Malaysia atau wakilnya; dan
tidak lebih daripada lima orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri, yang pada pendapat Menteri, mempunyai kemahiran khas, pengalaman, kelayakan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan sains sukan dan perubatan sukan.
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Institut.
Menteri boleh meminda peruntukan Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
14
Undang-Undang Malaysia
Bahagian III
Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai dan Pekerja Institut
Bahagian IV
Perkhidmatan dalam Sains Sukan dan Perubatan Sukan
Bahagian V
Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan
Bahagian VI
Kewangan
Bahagian VII