Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian II · Institut Sukan Negara

16. Pewakilan fungsi dan kuasa Institut

(1)

Institut boleh, tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa syarat, had atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut untuk dikenakan, mewakilkan secara bertulis mana-mana fungsi atau kuasanya, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memberikan pinjaman, menubuhkan syarikat atau membuat perundangan subsidiari, kepada—

(a)

mana-mana anggota Institut;

(b)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Institut;

atau

(c)

mana-mana pegawai atau pekerja Institut, dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh anggota, jawatankuasa, pegawai atau pekerja itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Institut.

(2)

Seseorang anggota, jawatankuasa, pegawai atau pekerja yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa sedemikian hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil perhatian akan semua syarat, had atau sekatan yang dikenakan oleh Institut.

Institut Sukan Negara 17

(3)

Institut boleh mewakilkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau di bawah kawalan Institut ke takat yang dinyatakan oleh Institut.

(4)

Suatu pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang

Institut sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.

Report

Bahagian III

Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai dan Pekerja Institut

Bahagian IV

Perkhidmatan dalam Sains Sukan dan Perubatan Sukan

Bahagian V

Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan

Bahagian VI

Kewangan

Bahagian VII

Kuasa Lain Institut

Bahagian VIII

Schedules