Akta Institut Sukan Negara 2011 · As enacted · Bahagian II · Institut Sukan Negara
4. Meterai perbadanan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Meterai perbadanan Institut hendaklah mempunyai suatu peranti yang diluluskan oleh Institut dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Institut.
10
Undang-Undang Malaysia
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau oleh mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif secara bertulis.
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang pegawai atau pekerja
Institut yang diberi kuasa bagi maksud itu.
Meterai perbadanan Institut hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Bahagian III
Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai dan Pekerja Institut
Bahagian IV
Perkhidmatan dalam Sains Sukan dan Perubatan Sukan
Bahagian V
Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan
Bahagian VI
Kewangan
Bahagian VII