Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian IV · Kewajipan Am Majikan, Orang yang Bekerja Sendiri dan Prinsipal

18. Kewajipan seseorang penghuni tempat kerja kepada orang-orang selain daripada pekerjanya

Feedback & support
(1)

Seseorang penghuni premis bukan domestik yang telah disediakan untuk orang-orang, yang bukan pekerjanya, sebagai suatu tempat kerja, atau sebagai suatu tempat mereka boleh menggunakan loji atau bahan yang diadakan bagi kegunaan mereka di sana, hendaklah mengambil apa-apa langkah yang praktik untuk memastikan bahawa premis itu, semua cara masuk ke dalamnya dan keluar darinya yang ada bagi kegunaan orang-orang yang menggunakan premis itu, dan apa-apa loji atau bahan dalam premis itu atau yang diadakan bagi kegunaan di sana, adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.

(2)

Seseorang yang mempunyai, oleh sebab suatu kontrak atau pajakan atau selainnya, suatu obligasi sehingga apa-apa takat berhubungan dengan—

(a)

penyenggaraan atau pembaikan tempat kerja atau apa-apa cara masuk ke dalamnya atau keluar darinya; atau

(b)

pencegahan risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang mungkin timbul daripada penggunaan mana-mana loji atau bahan dalam tempat kerja itu, hendaklah bagi maksud subseksyen (1) disifatkan mempunyai kawalan ke atas perkara-perkara yang diliputi oleh obligasinya.

Report

Bahagian V

Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang dan Pembekal

Bahagian VI

Kewajipan Am dan Hak Pekerja

Bahagian VII

Organisasi Keselamatan dan Kesihatan

Bahagian VIII

Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan, dan Siasatan

Bahagian IX

Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan

Bahagian X

Tataamalan Industri

Bahagian XI

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XII

Liabiliti bagi Kesalahan

Bahagian XIII

Rayuan

Bahagian XIV

Peraturan-Peraturan

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules