Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian IV · Kewajipan Am Majikan, Orang yang Bekerja Sendiri dan Prinsipal

18A. Kewajipan prinsipal

Feedback & support
(1)

Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal untuk mengambil, setakat yang boleh dipraktikkan, apa-apa langkah sebagaimana yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan—

(a)

mana-mana kontraktor yang diguna khidmat oleh prinsipal apabila sedang bekerja;

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 29

(b)

mana-mana subkontraktor atau subkontraktor tidak langsung apabila sedang bekerja; dan

(c)

mana-mana pekerja yang diambil kerja oleh kontraktor atau subkontraktor apabila sedang bekerja.

(2)

Kewajipan yang dikenakan ke atas prinsipal dalam subseksyen

(1)

hendaklah hanya terpakai jika kontraktor, subkontraktor atau pekerja yang disebut dalam subseksyen itu bekerja di bawah arahan prinsipal mengenai cara kerja itu dijalankan.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang yang sedang bekerja termasuklah—

(a)

pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat yang boleh dipraktikkan, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;

(b)

pembuatan perkiraan termasuk peruntukan masa yang mencukupi, belanjawan dan sumber lain bagi menjamin, setakat yang boleh dipraktikkan, keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan yang berkaitan dengan aktiviti kerja pembinaan, penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan atau pengangkutan loji dan bahan;

(c)

pengadaan apa-apa maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan, setakat yang boleh dipraktikkan, keselamatan dan kesihatan orang yang sedang bekerja;

(d)

setakat yang boleh dipraktikkan, berkenaan dengan mana-mana tempat kerja di bawah kawalan prinsipal, penyenggaraan tempat kerja dalam keadaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan pengadaan dan penyenggaraan cara masuk ke dalamnya dan keluar darinya yang selamat dan tanpa risiko sedemikian;

30

Undang-Undang Malaysia

(e)

pengadaan dan penyenggaraan persekitaran pekerjaan bagi orang yang sedang bekerja yang, setakat yang boleh dipraktikkan, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;

dan

(f)

pembangunan dan pelaksanaan tatacara bagi berurusan dengan kecemasan yang boleh timbul semasa orang sedang bekerja.

(4)

Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal untuk mengambil, setakat yang boleh dipraktikkan, langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang, selain orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b) atau (c) yang bekerja di bawah arahan prinsipal, yang mungkin terjejas dengan mana-mana pengusahaan yang dijalankan olehnya di tempat kerja.

(5)

Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal, dalam keadaan yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan, untuk memberikan kepada orang, selain orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b) atau (c) yang bekerja di bawah arahan prinsipal, maklumat yang ditetapkan tentang apa-apa aspek cara dia menjalankan pengusahaannya yang boleh menjejaskan keselamatan atau kesihatan mereka.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “subkontraktor” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak dengan seorang kontraktor bagi pelaksanaan oleh atau di bawah subkontraktor itu keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa kerja yang diusahakan oleh kontraktor itu bagi prinsipalnya, dan termasuklah mana-mana orang yang membuat kontrak dengan subkontraktor untuk menjalankan keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa kerja yang diusahakan oleh subkontraktor itu bagi seorang kontraktor.

Report

Bahagian V

Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang dan Pembekal

Bahagian VI

Kewajipan Am dan Hak Pekerja

Bahagian VII

Organisasi Keselamatan dan Kesihatan

Bahagian VIII

Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan, dan Siasatan

Bahagian IX

Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan

Bahagian X

Tataamalan Industri

Bahagian XI

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XII

Liabiliti bagi Kesalahan

Bahagian XIII

Rayuan

Bahagian XIV

Peraturan-Peraturan

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules