Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian V · Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang dan Pembekal

21. Kewajipan am pengilang, dsb., berkenaan dengan bahan bagi kegunaan semasa bekerja

Feedback & support
(1)

Adalah menjadi kewajipan seseorang yang merumuskan, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa bahan bagi kegunaan semasa bekerja—

(a)

untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa bahan itu selamat dan tanpa risiko terhadap kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya;

(b)

untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa ujian dan pemeriksaan yang perlu bagi pelaksanaan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh perenggan (a);

(c)

untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memastikan bahawa akan boleh didapati berkaitan dengan penggunaan bahan itu semasa bekerja maklumat yang memadai mengenai hasil apa-apa ujian yang relevan yang telah dijalankan ke atas atau berkaitan dengan bahan dan mengenai apa-apa keadaan yang perlu untuk memastikan bahawa bahan itu selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya; dan

(d)

untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin, setakat yang boleh dipraktikkan, bahawa orang yang dibekalkan dengan bahan itu diberikan semua kajian semula terhadap maklumat yang diberikan kepada mereka di bawah perenggan (c) sebagaimana yang perlu oleh sebab telah diketahui bahawa terdapat risiko baharu yang boleh menimbulkan risiko yang serius kepada keselamatan atau kesihatan.

(2)

Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mengusahakan perumusan atau pengilangan apa-apa bahan bagi kegunaan semasa bekerja untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa penyelidikan yang perlu dengan tujuan agar ditemui dan, setakat yang praktik, dihapuskan atau dikurangkan apa-apa risiko

34

Undang-Undang Malaysia kepada keselamatan atau kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh bahan itu.

Report

Bahagian VI

Kewajipan Am dan Hak Pekerja

Bahagian VII

Organisasi Keselamatan dan Kesihatan

Bahagian VIII

Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan, dan Siasatan

Bahagian IX

Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan

Bahagian X

Tataamalan Industri

Bahagian XI

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XII

Liabiliti bagi Kesalahan

Bahagian XIII

Rayuan

Bahagian XIV

Peraturan-Peraturan

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules