Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian V · Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang dan Pembekal
22. Huraian seksyen 20 dan 21
Feedback & supportTiada apa-apa jua dalam seksyen 20 atau 21 boleh diertikan sebagai menghendaki seseorang mengulangi apa-apa ujian, pemeriksaan atau penyelidikan yang telah dijalankan selain daripada olehnya atau atas kehendaknya, setakat, yang munasabah baginya untuk bergantung pada keputusan ujian, pemeriksaan atau penyelidikan itu bagi maksud seksyen itu.
Apa-apa kewajipan yang dikenakan ke atas seseorang oleh mana-mana peruntukan Bahagian ini yang terdahulu daripada ini hendaklah hanya meliputi perkara-perkara yang dilakukan dalam perjalanan perdagangan, perniagaan atau apa-apa pengusahaan lain yang dijalankan olehnya, sama ada untuk mendapat keuntungan atau tidak, dan kepada perkara-perkara dalam kawalannya.
Jika seseorang mereka bentuk, merumuskan, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa loji atau bahan bagi atau kepada orang lain berdasarkan aku janji bertulis oleh orang lain itu untuk mengambil langkah-langkah tertentu yang memadai untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa loji atau bahan itu selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya, aku janji itu hendaklah mempunyai kesan membebaskan orang yang mula-mula disebut itu daripada kewajipan yang dikenakan oleh perenggan 20(1)(a) dan perenggan 21(l)(a) setakat yang munasabah memandangkan terma-terma aku janji itu.
Jika seseorang (kemudian daripada ini disebut “pembekal zahir”) membekalkan apa-apa loji atau bahan bagi kegunaan semasa bekerja kepada orang lain (kemudian daripada ini disebut
“pelanggan”) di bawah perjanjian sewa-beli, perjanjian jualan bersyarat atau perjanjian jualan secara kredit, dan pembekal zahir itu—
menjalankan perniagaan pembiayaan pemerolehan barang-barang oleh orang lain melalui perjanjian-perjanjian itu; dan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 35
dalam perjalanan perniagaan itu memperolehi kepentingannya dalam loji atau bahan yang dibekalkan kepada pelanggan itu sebagai cara pembiayaan pemerolehannya oleh pelanggan itu daripada pihak ketiga
(kemudian daripada ini disebut “pembekal efektif”), pembekal efektif itu dan bukan pembekal zahir itu hendaklah dikira bagi maksud Bahagian ini membekalkan loji atau bahan itu kepada pelanggan itu, dan apa-apa kewajipan yang dikenakan oleh seksyen 20 dan 21 ke atas pembekal hendaklah dengan itu terletak pada pembekal efektif dan tidak pada pembekal zahir.
Bagi maksud Bahagian ini sesuatu loji atau bahan tidaklah dikira sebagai digunakan dengan sepatutnya jika ia digunakan tanpa mengambil kira apa-apa maklumat atau nasihat yang relevan berhubungan dengan penggunaannya yang telah dijadikan tersedia oleh seseorang yang mereka bentuk, mengilang, mengimport atau membekalkannya.