Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian XV · Pelbagai

67A. Kuasa untuk mengecualikan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana loji, bahan, proses, orang atau tempat kerja, atau kelas orang atau kelas tempat kerja, daripada mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.

(2)

Pengecualian di bawah subseksyen (1) boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Menteri.

(3)

Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah atau membatalkan suatu pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (1).

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 79

Report