Skip to content
In forceUpdated to 31 Mar 2026Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran Juruoptik dan Optometris

18. Orang yang berhak didaftarkan sebagai juruoptik

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang berhak didaftarkan sebagai juruoptik jika dia memuaskan hati Majlis bahawa dia berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun, ialah seorang yang layak dan sesuai didaftarkan sebagai juruoptik dan memegang mana-mana kelulusan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

(2)

Majlis boleh membenarkan pendaftaran mana-mana orang sebagai juruoptik jika dia memuaskan hati Majlis bahawa dia berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun, ialah seorang yang layak dan sesuai didaftarkan sebagai juruoptik dan—

(a)

telah menjalankan amalan mempreskripsi dan mendispens kanta mata selama tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa; atau

(b)

mempunyai kelulusan yang tidak dinyatakan dalam Jadual

Pertama tetapi kelulusan itu dianggap disifatkan sesuai oleh Menteri, selepas berunding dengan Majlis, bagi maksud pendaftaran.

(3)

Majlis boleh, tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Majlis, membenarkan seseorang—

(a)

yang sedang menghadiri suatu kursus yang membawa kepada mana-mana kelulusan yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama; dan

(b)

yang dikehendaki menjalani latihan amali sebagai sebahagian daripada kursus itu, didaftarkan sementara dalam Daftar juruoptik selama tempoh latihan amali itu dan, walau apa pun seksyen 29, orang itu boleh menjalankan amalan seolah-olah dia ialah seorang juruoptik berdaftar.

(4)

Jika Majlis berpuas hati bahawa seseorang yang telah didaftarkan sementara di bawah subseksyen (3)—

Optik 17

(a)

tidak atau tidak lagi menghadiri suatu kursus yang membawa kepada mana-mana kelulusan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

(b)

tidak atau tidak lagi menjalani latihan amali sebagai sebahagian daripada kursus itu; atau

(c)

telah melanggar apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atasnya,

Majlis boleh membatalkan pendaftaran sementara orang itu dan memerintahkan supaya namanya dipotong daripada Daftar.

Report

Bahagian IV

Amalan Optometri

Bahagian V

Schedules