Akta Optik 1991 · Updated to 31 Mar 2026 · Bahagian III · Pendaftaran Juruoptik dan Optometris
17. Daftar
Feedback & supportPendaftar hendaklah menyebabkan Daftar yang berikut disimpan dalam bentuk yang ditetapkan:
Daftar juruoptik;
Daftar optometris.
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Daftar boleh mengandungi apa-apa butir yang ditetapkan oleh Majlis.
Pendaftar hendaklah bertanggungjawab bagi penyenggaraan dan penjagaan Daftar mengikut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Daftar hendaklah disifatkan sebagai dokumen awam mengikut pengertian Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
Suatu perakuan di bawah tandatangan bahawa mana-mana orang—
didaftarkan atau tidak didaftarkan di bawah Akta ini; atau
pernah atau tidak pernah pada bila-bila masa didaftarkan di bawah Akta ini, hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang perkara yang disebut dalam perakuan itu.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 469